Translate

Monday, June 1, 2009

KAKS siri 27

Alhamdulillah kita semua telah berkumpul, berkenalan, bertukar-tukar pandangan pada tarikh 22 Mei 2009 hingga 27 Mei 2009 di atas keizinan Allah SWT dan di atas usaha pihak penganjur Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) siri 27. Ada yang berpendapat bahawa inilah kursus yang terbaik pernah mereka hadiri. Ada juga yang begitu bersemangat mengikuti setiap atucara kursus ini walaupun pada asalnya hanya diajak oleh rakannya yang menjanjikan makanan percuma sebanyak 6 kali sehari selama 6 hari. Tidak kurang juga ada yang sanggup datang dari jauh, ingin mendapatkan sijil dan ada yang meninggalkan ternakan kesayangan semata-mata untuk mencari ilmu. Kesemua 33 orang peserta sebenarnya mempunyai matlamat yang sama, iaitu ingin menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti. InsyaAllah.

Saya tertarik dengan Misi MEDEC iaitu mengembangkan ilmu keusahawanan dan membangunkan usahawan berkualiti. Ini kerana selepas aktiviti berkumpulan pertama, saya baru tersedar betapa pentingnya misi sesebuah organisasi itu. Saya mendoakan rakan-rakan seperjuangan bejaya dalam perniagaan yang sedang atau akan diceburi. Semangat untuk menceburi bidang perniagaan dan ingin berjaya sebagai usahawan sangat penting kerana “Keusahawanan Kerjaya Pilihan” dan semua sedia maklum bahawa 9/10 pintu rezeki adalah melalui perniagaan.

No comments:

Post a Comment